Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili
Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Jabatan Mufti telah mengurusetia lawatan ilmiah Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ke Negara Sepanyol dan Morocco pada 25 Mac sehingga 3 April 2019. Rombongan seramai 13 orang ini di ketuai oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasuruddin bin Haji Daud (Dato’ Panglima Perang) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kerajaan Negeri Kelantan. Turut serta dalam rombongan ini YB Sahibus Samahah Dato' Mufti Kerajaan Negeri Kelantan selaku Pengerusi Jemaah Ulama MAIK serta sebilangan ahli Jemaah Ulama dan urusetia.

Kedua-dua negara ini banyak menyimpan keindahan peradaban Islam yang berharga. Kebanjiran pelancong ke Sepanyol contohnya hanya untuk melihat senibina dan monumen peninggalan Kerajaan Islam Andalusia. Sepanjang lawatan ini beberapa siri pertemuan telah diatur  dengan pihak yang berautoriti dalam Pengurusan Islam di Negara berkenaan, perbincangan berkisar isu-isu semasa dan pertukaran maklumat. Rombongan ini juga telah mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Morocco serta kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia ke Maghribi di Kediamannya di Rabat.

Sesungguhnya ahli-ahli lawatan telah membawa pulang banyak memori dari bumi  yang masih penuh misteri untuk diterokai umat Islam dalam menyelongkar sejarah jatuh bangun agama dan kerajaan Islam di dua negara ini.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

4 April 2019/28 Rejab 1440H
Jam 9.30 pagi, Penentuan arah kiblat oleh Unit Falak di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Bahagian : 
1) Wad 1 Selatan ruangan solat kakitangan wanita
2) Wad 1 Selatan ruangan pesakit
3) Wad 1 Timur Belakang
4) Wad 1 TD
5) Wad Utara
5) Wad Korporat Hospital USM

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

17 Mac 2019 jam 9.30 pagi, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Kunjungan hormat ini diketuai oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan iaitu YBhg.SS Tuan Haji Hashim bin Haji Salleh Bersama dengan 4 orang pegawai yang lain.  Kunjungan ini memberi manfaat bagi kedua-dua jabatan untuk bertukar pendapat dan pandangan berkaitan dengan bidang tugas masing-masing serta perkongsian maklumat antara negeri.  Majlis diakhiri dengan bergambar kenangan bersama YB.Sahibus Samahah Dato’Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.

 

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

MPC 2015/2016
MPC 2015/2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

 

Laman web ini serasi dengan menggunakan pelayar IE, Safari, Chrome, Firefox dengan beresolusi 1366 x 768 adalah yang paling baik.

 

© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved. Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : Khamis 16 April 2019, 08:00:29.

Search