Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Pada 29 Oktober 2018 bersamaan 20 Safar 1440H Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menganjurkan Seminar Falak Syarie 2018 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.  Seramai 350 orang peserta telah hadir terdiri daripada Pengetua, Guru-Guru, Imam-Imam, Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

 Dua orang ahli panel telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja dalam seminar ini.  YBhg.Prof.Madya Dr.Mat Ropa bin Ismail dari Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia(UPM) telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja bertajuk “ Planet Bumi : Kejadian dan Kesudahannya Menerusi Al-Quran Dan Geologi”.  Seorang lagi ahli panel ialah YBhg.Tuan Haji Hanafiah bin Abdul Razak dari Jabatan Mufti Negeri Johor.  Beliau membentangkan kertas kerja dua bertajuk “ Hubungan Ilmu Falak Terhadap Fenomena Alam Yang Berulang-Ulang”.  Kedua-dua kertas kerja ini memberi faham kepada para peserta agar menjadikan setiap fenomena yang berlaku secara ulangan diberi perhatian.  Fenomena dan bencana alam yang berlaku hendaklah dijadikan renungan, iktibar dan pengajaran.  Perancangan Allah setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. 

 YB.Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad telah menyempurnakan majlis perasmian Seminar Falak Syarie 2018.  Dengan itu berakhirlah Seminar Falak Syarie pada jam 1.00 tengahari.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah berjaya mengadakan satu lagi Program Bengkel Akil Baligh bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong, Kota Bharu Kelantan pada hari Isnin 19hb. November 2018 bersamaan 11 Rabiulawal 1440H. Program yang berlangsung di Dewan Makan Asrama, Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong, Kota Bharu, Kelantan menyaksikan kehadiran para pelajar yang memenuhi dewan sejak awal pagi.

Program yang dimulai dengan sesi pendaftaran seawal jam 8.30 pagi dihadiri para pelajar dari Tingkatan 1, 2 dan 3 dan berakhir program pada jam 1.20 petang. Program dipengerusikan oleh Puan Dzurina binti Yusof merupakan salah seorang tenaga pengajar dari sekolah tersebut. Pengisian program dengan dua slot ceramah yang disampaikan oleh dua penceramah jemputan iaitu YBrs. Dr. Che Hafizah binti Mustaqim- (Doktor Kesihatan) dan Al Fadhil Ustaz Suratemi bin Mat Yusoff- (Pegawai Agama di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan).

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran sekolah tersebut iaitu  Tuan Haji Kamaruddin bin Nazeer Ahmad. Manakala ucapan perasmian penutup telah disampaikan oleh Pegawai Fatwa dari Jabatan Mufti Negeri Kelantan iaitu Al Fadhil Haji Naim bin Md Ghazali jam 1.00 petang. Program berakhir jam 1.20 petang.

 

 

 

 

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

MPC 2015/2016
MPC 2015/2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

 

Laman web ini serasi dengan menggunakan pelayar IE, Safari, Chrome, Firefox dengan beresolusi 1366 x 768 adalah yang paling baik.

 

© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved. Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : Khamis 16 April 2019, 08:00:29.

Search