PENETAPAN NISOB ZAKAT MATAWANG MALAYSIA DAN LAIN-LAIN HARTA BAGI HAUL ANTARA RAMADHAN 1425H  HINGGA RAMADHAN 1426H.

 

Kategori  :  Ibadat  (Zakat)

 

Keputusan  :

 

Mesyuarat Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 1/2005 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Majlis Agama Islam Kelantan  pada 31 Julai 2005 telah membincangkan isu  Penetapan Nisob Zakat Matawang Malaysia Dan  Lain-Lain  Harta   Bagi Haul  Antara Ramadhan  1425h  Hingga   Ramadhan 1426h dan telah bersetuju menetapkan   seperti  berikut  :

 

Nisob Zakat Matawang Malaysia dan lain-lain harta bagi haul antara Ramadhan 1425H hingga Ramadhan 1426H ialah RM 4,505.11.

 

 Huraian

 

Keputusan ini dibuat berdasarkan purata harga emas harian yang dikeluarkan  oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang mengambil sumber daripada RHB bank.

Mesyuarat juga bersetuju harga emas harian yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia boleh digunakan dalam menentukan nisob zakat harian. 

 

 

PENETAPAN NISOB ZAKAT MATAWANG MALAYSIA DAN LAIN-LAIN HARTA BAGI HAUL ANTARA RAMADHAN 1424H HINGGA RAMADHAN 1425H.

 

Kategori   :  Ibadat  (Zakat)

 

 Keputusan  :

 

Mesyuarat Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 1/2004 di Bilik Mesyuarat Tingkat Tiga Majlis Agama Islam Kelantan  pada 4 Julai 2004 telah membincangkan isu  Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1425H dan telah bersetuju  menetapkan  seperti berikut  :

 

Nisob Zakat matawang Malaysia dan lain-lain harta bagi haul antara Ramadhan 1424 hingga Ramadhan 1425H ialah RM 4,186.22.

 

Huraian :

 

Keputusan ini dibuat berdasarkan purata harga emas harian yang dikeluarkan  oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  yang mengambil sumber daripada RHB bank.

 

Jemaah ulamak majlis telah menggariskan ketetapan bahawa kadar nisob zakat harta hendaklah dibuat dan diistiharkan pada awal bulan Ramadhan setiap tahun bagi panduan Muslimin dan Muslimat di negeri ini diwajibkan mengeluarkan zakat dari harta mereka.

 

Kadar nisob zakat tersebut adalah dengan berdasarkan kepada harga pasaran semasa samada emas dengan berpandukan kepada nisob asalnya iaitu 20 miskal yang bersamaan dengan 31.25 rial berat atau 85 gram emas.

Nisob Zakat matawang Malaysia dan lain-lain harta bagi haul antara Ramadhan 1424 hingga Ramadhan 1425H ialah RM 4,186.22.

 

Tarikh Keputusan : 04 Julai 2004

 

 

PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI KELANTAN  TAHUN 1425H

 

Kategori  :  Ibadat (Zakat)

 

 Keputusan  :

 

Mesyuarat Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 1/2004 di Bilik Mesyuarat Tingkat Tiga Majlis Agama Islam Kelantan  pada 4 Julai 2004 telah membincangkan isu  Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1425H dan telah bersetuju  menetapkan  seperti berikut  :

 

Harga Zakat Fitrah bagi Negeri Kelantan tahun 1425H sebanyak RM 4.30

 

Huraian :

 

Keputusan ini dibuat berdasarkan harga beras semasa  yang bernilai RM 1.60 satu Kilogram didarabkan dengan satu gantang Baghdad yang beratnya 2.70 kilogram.

 

Di negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Kelantan menetapkan zakat fitrah yang mesti dibayar kepada majlis hendaklah dengan wang tunai yang sama nilai dengan satu gantang Baghdad harga beras.

 

Majlis Agama Islam Kelantan pada tahun 1424H telah menetapkan harga zakat fitrah sebanyak RM 4.30 berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg manakala harga beras pula berdasarkan tinjauan di pasar-pasar bandar utama negeri Kelantan dan harga yang diguna pakai oleh padi Beras Nasional Berhad(BERNAS)

 

Kadar harga yang ditetapkan oleh BERNAS adalah selaras dengan harga yang dikeluarkan oleh Kementeriaan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh pihak Majlis Agama dan BERNAS, beras yang paling banyak dijual ialah jenis gred super tempatan. Bagi beras import tiada kawalan harga dari pihak kerajaan harganya ditentukan oleh kuasa pasaran.

Hasil dari tinjauan, purata harga beras super tempatan di pasaran ialah antara RM1.60- RM 1.55 satu kg.

 

Berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 mac 2002, penentuan harga zakat fitrah bagi negeri-negeri adalah berdasarkan harga semasa bagi beras super tempatan yang beratnya satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.

 

Tarikh keputusan : 04 Julai 2004

 

PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI TAHUN 1426H

 

Kategori  :  Ibadat  (Zakat)

 

Keputusan :

 

Mesyuarat Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 1/2005 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Majlis Agama Islam Kelantan pada 31 Julai 2005 telah membincangkan  Isu Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Tahun 1426h dan telah bersetuju menetapkan seperti berikut  :

 

Harga Zakat Fitrah bagi Negeri Kelantan tahun 1426H sebanyak RM 4.70.

 

Huraian

 

Keputusan ini dibuat berdasarkan harga beras semasa yang bernilai antara RM 1.75 dan RM 1.80 satu kilogram didarabkan dengan satu gantang Baghdad yang beratnya 2.70 kilogram.

 

PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN  1424 H

 

Kategori  :  Ibadat ( Zakat )

 

Keputusan  :

 

Mesyuarat Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 1/2003 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Majlis Agama Islam Kelantan  pada 24 Ogos 2003 telah membincangkan isu Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun  1424 H dan telah bersetuju  memutuskan seperti berikut:

 

Harga Zakat Fitrah bagi Negeri Kelantan tahun 1424H sebanyak RM4.30

 

Huraian:

 

Keputusan ini dibuat berdasarkan harga beras semasa yang bernilai RM 1.60 satu kilogram didarabkan dengan satu gantang Baghdad yang beratnya 2.70kg.

 

 

Tarikh Kemaskini 17 Nov 2019 © {2019} Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Please publish modules in offcanvas position.