Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

MEMBINA MENARA TELEKOMUNIKASI DALAM KAWASAN MASJID

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan :

Cadangan bagi membina menara telekomukasi di dalam kawasan masjid / atas bumbung masjid yang dipilih di negeri Kelantan

Jawapan:

Cadangan pemasangan yang tersebut memang ada kebaikan tetapi ada beberapa aspek yang perlu diberi perhatian di antaranya:-

1)     Tapak masjid yang diniatkan sebagai tanah wakaf adalah tidak sesuai untuk dibangunkan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan masjid.

2)     Bersetuju menerima pembinaan menara telekomunikasi di kawasan masjid, bererti bersetuju mengizinkan syarikat berkaitan melakukan perkara-perkara sampingan lain yang ada kaitan dengan menara itu seperti peralatan dan sebagainya seperti kaedah menyebut:

"الرضاء بالشئ رضا بما يترتب عليه "

“merelakan sesuatu dilakukan maka bererti merelakan juga apa-apa kesan daripadanya”.

3)     Masyarakat belum boleh menerima konsep masjid sebagai tempat ibadat dicampuri oleh konsep perniagaan.

4)     Pendapatan dari bayaran sewaan tidak sepadan dengan anggapan negative masyarakat.

Berdasarkan pandangan tadi, saya berpendapat bahawa cadangan pembinaan menara telekomunikasi di dalam kawasan masjid harus dikaji dengan lebih teliti kebaikan dan keburukan yang ada.

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN
NOTIS HAK CIPTA
© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search