Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

DARAH ORANG MATI DI BUNUH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan :

Apakah hukum mengenai darah orang mati dibunuh?

Jawapan:

Mengenai masalah ini diminta sidang pendengar sekalian berhati-hati supaya tidak berlaku kekeliruan, pertanyaan ini saya juga tidak dapat memberi jawapannya, kerana saya merasa pertanyaan ini ialah mengenai kisah darah orang yang dibunuh, adakah memberi kesan buruk atau tidak, mengenai kisah sesuatu perkara tidak termasuk dari perkara-perkara kepercayaan kerana kisah sesuatu perkara atau benda itu boleh diketahui sama ada benar atau tidak dengan jalan dicuba, apabila dicuba dan didapati sah ada kesannya maka perkara itu jadi benar, walaupun kita tidak percaya ia berlaku juga, dan juga didapati tidak sah ada kesannya maka perkara itu merupakan bohong semata-mata dan kepercayaan perkara yang bohong itu adalah dilarang oleh agama.

            Hanya yang dapat saya katakan di sini ialah jika sungguh darah orang yang mati dibunuh dan sebagainya itu ada kesannya maka mengikut kepercayaan Islam bahawa kesan itu adalah dari kekuasaan Tuhan mengikut peraturannya, yang berjalan kuatkuasanya pada benda-benda makhluknya di alam ini.

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN
NOTIS HAK CIPTA
© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search