Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

MENGGUNAKAN PATUNG UNTUK PROMOSI PAKAIAN

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan :

Pohon pandangan mengenai kedudukan patung-patung untuk mempromosi pakaian yang terdapat di pasaraya-pasaraya di Kota Bharu. Sukacita dimaklumkan bahawa YAB tuan guru dato’ menteri besar Kelantan meminta supaya majlis perbandaran Kota Bharu membuat kajian mengenai kedudukan patung-patung yang di gunakan untuk mempromosikan pakaian yang terdapat di pasaraya-pasaraya di Kota Bharu. Sehubungan dengan ini, sukacita pihak majlis mendapat pandangan daripada YBhg. Dato’ mengenai penggunaan patung-patung tersebut dari segi hukum syara’

Jawapan:

Bagi kes isu penggunaan patung-patung yang bertujuan untuk mempromosikan pakaian yang terdapat di pasaraya, gudang-gudang, kedai jahit dan lain-lain tentunya merujuk pembuatan objek atau arca benda hidup seperti manusia yang berkepala atau tidak berkepala atau berbadan tanpa tangan atau berbadan tanpa kaki dan tangan dan sebagainya, maka bolehlah dirumuskan seperti berikut;-

1)     Penggunaan patung manusia yang berjisim, berlembaga secara lengkap anggota zahirnya adalah haram bagi orang Islam menyimpan atau menggunakannya berdasarkan kenyataan zahir hadis dan prinsip “saddul zaraai’”

2)     Penggunaan patung manusia yang berjisim dan berlembaga tetapi tidak lengkap anggota zahirnya yang menjadi anggota utama seperti kepala, tangan, kaki adalah harus.

3)     Penggunaan patung manusia samada berjisim dan berlembaga lengkap atau tidak, jika bertujuan untuk pemujaan dan penyembahan, hukumnya adalah haram.

Di dalam rangka usaha untuk memperbaiki realiti budaya songsang, fasad dan munkar yang terdapat dalam masyarakat, pihak yang inginkan kebaikan dan kemaslahatan masyarakat sangat perlu mengambil pendekatan berasaskan prinsip Islam dan kaedah-kaedah yang diperkenalkan dalam feqah Islam khususnya Feqah ingkar-al-munkar yang meraikan unsur-unsur mashlahat jangka pendek, maslahat jangka panjang, maslahat kelompok yang lebih besar, maslahat wasilat dan syiar. Kaedah urutan keutamaaan dan sebagainya.

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN
NOTIS HAK CIPTA
© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search