Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

MEMUSNAHKAN UNGGAS AKIBAT DI JANGKITI PENYAKIT

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan  :

Pohon pengesahan hukum dalam Islam berhubung pemusnahan ternakan unggas yang disyaki dijangkiti penyakit selsema burung.  Kami pihak jabatan perkhidmatan haiwan negeri Kelantan sangat berbesar hati kiranya Dato’ dapat mengeluarkan surat atau kenyataan bertulis mengenai hukum hakam dalam Islam bersabit dengan pemusnahan ternakan unggas yang dijalankan oleh jabatan perkhidmatan haiwan negeri Kelantan sekarang ini.

Untuk makluman Dato’, pihak jabatan menggunakan gas karbon dioksida bagi mematikan ternakan unggas yang disyakki dijangkiti selsema burung dan tidak menyembelih unggas tersebut bagi menggelakkan risiko jangkitan penyakit kepada petugas. Dengan adanya kenyataan bertulis daripada pihak Dato’, kerja-kerja pemusnahan ternakan akan dapat dijalankan dengan lebih licin lagi.

Jawapan:

Untuk menjelaskan hukum berhubung pemusnahan ternakan unggas yang disyaki dijangkiti selsema burung dapat dirumuskan seperti berikut:-

1)     Mengadakan kawasan sekatan keluar masuk unggas dan ayam bagi kawasan yang terdapat wabak penyakit berkenaan adalah tepat dengan syara’. Keadaan ini sama seperti Nabi SAW melarang mereka yang terkena penyakit taun keluar daripada kawasan dan mereka yang berada diluar kawasan terkena taun dilarang pergi dan masuk ke kawasan berkenaan.

2)     Mekanisme yang digunakan bagi mematikan ternakan unggas atau ayam yang disyaki dijangkiti virus penyakit selsema burung, melalui penggunaan gas karbon dioksida bukan melalui sembelihan bagi mengelak risiko jangkitan penyakit kepada petugas dan orang awam. Harus jika itulah cara yang lebih selamat.

Jawapan ini berpegang kepada prinsip dan kaedah:

1)     Saddu zaraei iaitu instrument pencegahan dan pengawalan bagi menjaga maslahah.

2)     الضرر يدفع بقدر الامكان                              

“sebarang kemudaratan dan ancaman bahaya (kepada perkara yang diiktiraf oleh syarak – nyawa umpamanya) perlu dicegah daripada berlaku sedaya munkin”.

3)  التصرف على الرعية منوط بالمصلحة                                         

“pengurusan dan polisi yang diadakan oleh pihak berkuasa untuk rakyat semestinya berkisar atas dasar maslahah kebaikan”.

 

4)  كل تصرف على جر فسادا اودفع صلاحا فهو منهى عنه                     

“setiap urusan yang boleh mendatangkan kesan negative yang membahayakan atau menghalang terlaksananya manfaat dan kebaikan maka ia termasuk di bawah perkara yang perlu dicegah”.

 

5)  الشئ اذا غلب عليه وجوده يجعل كالموجود وان لم يوجد                   

“Sesuatu perkara itu sekiranya sudah agak menyeluruh keberadaannya (sudah menjadi gejala atau kerap berlaku) maka syara’ meletakkan setaraf dengan reality sebenar yang menyeluruh kewujudannya walaupun pada sesetengah kes perkara itu tudak berlaku”.

 

6)  الموتوقع يجعل كالواقع                                        

“sesuatu yang dijangkakan kemungkinan berlaku di hukum seperti perkara yang sedang berlaku”.

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN
NOTIS HAK CIPTA
© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search