Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

CADANGAN PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 1423H

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

CADANGAN PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI  KELANTAN TAHUN 1423H

 

Kategori :  ( Zakat )

  

Keputusan  :

 

Mesyuarat Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 1/2002 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Majlis Agama Islam Kelantan  pada 18 Ogos 2002 telah membincangkan isu Cadangan Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1423H dan telah bersetuju  memutuskan seperti berikut  :

 

Mesyuarat bersetuju menetapkan harga Zakat Fitrah bagi Negeri Kelantan bagi tahun 1423H ialah RM 4.30.

 

Huraian:

 

Keputusan ini dibuat berdasarkan harga beras semasa yang bernilai RM 1.60 didarabkan dengan satu gantang Baghdad yang beratnya 2.70kg.

 

Latar belakang:

 

  1. Jemaah ulamak majlis setelah menggariskan ketetapan bahawa kadar nasab zakat harta hendaklah dibuat dan diisytiharkan pada awal bulan Ramadhan setiap tahun bagi panduan muslimin dan muslimat di negeri ini yang diwajibkan mengeluarkan zakat dari harta mereka.

 

  1. Kadar nasab zakat tersebut adalah dengan berdasarkan kepada harga pasaran semasa emas dengan berpandukan kepada nisob asalnya iaitu 20 miskal yang bersamaan dengan 31.25 rial berat atau 85 gram emas.

 

Asas pertimbangan:

 

  1. Pada tahun-tahun yang lepas, cara penentuan harga emas ialah dengan meninjau pasaran di beberapa buah kedai emas di bandar-bandar utama di negeri Kelantan di bulan Rejab.

 

  1. Dicadangkan pada tahun ini penentuan harga emas dibuat berdasarkan penyata harga emas harian yang diedarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengambil sumber daripada RHB Bank.

 

  1. Harga emas 85 gram antara tempoh 1 Syawal 1422H hingga 29 Rabiulawal 1423H ialah berjumlah RM 18,975.22. Kadar karat bagi nasab selama 6 bulan ialah Rm3,162.54.

  

 

 

 

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN
NOTIS HAK CIPTA
© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search