Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

BERITA TERKINI DAN ARKIB


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, YBrs Dr.Hj.Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi Timbalan Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Adat Dan Melayu Kelantan dan YBrs.Haji Md Radzi bin Omar, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah. Selain dari program cerapan, ceramah khas mengenai Fenomena Gerhana Bulan juga telah diadakan. Dr.Mahamarowi Bin Omar, Ahli Astronomi yang merupakan Mantan Pakar Bius USM Kubang Kerian telah dijemput untuk memberi pencerahan kepada orang ramai tentang fenomena tersebut. Para hadirin juga tidak melepaskan peluang menunaikan Solat Gerhana Bulan dengan dimami oleh al-Fadhil Ustaz Bari. Aktiviti cerapan bermula pada jam 9.15 dan berakhir pada jam 11.30 malam.

Detik-detik Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018

1. Bermula Gerhana Penumbra P1 : 17:01:27 ( 5.01 petang )
(Bulan mula terbit pada 07:17:53)

2. Bermula Gerhana Umbra U1 : 19:48:27 (7:48:27 petang)

3. Gerhana Umbra Penuh bermula U2 : 20:51:47 (8:51:47 malam)

4. Kemuncak (maksima) : 21:29:51 (9.30 malam)

5. Gerhana Umbra Penuh Berakhir U3 : 22:07:51

6. Gerhana Separa Berakhir U4: 23:11:11(11:11: 11 malam)

7. Gerhana Penumbra Berakhir P2 : 00:08:29 (12:08:29 pada 1Feb 2018)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Setiap pertemuan pastinya berakhir dengan perpisahan.Itulah fitrah alam ini samada kita boleh menerima situasi ini atau sebaliknya, ianya tetap akan berlaku. Begitu juga dengan Encik Mat Yaacob selaku Pembantu Tadbir ( Pembantu Tadbir/Operasi) Gred N19 yang mula ditempatkan di Jabatan Mufti Negeri Kelantan pada 02/05/2012 akan bersara pada 25/02/2018. Beliau telah menabur bakti di jabatan ini selama 5 tahun 8 bulan 25 hari. Sempena persaraannya Jabatan in telah meraikan beliau dengan mengadakan Majlis Persaraan Wargakerja Jabatan Mufti Negeri Kelantan 2018 pada 19 Februari 2018 (Isnin) di Restoran Sham, Kota Bharu. Tepat jam 12.45 tengahari wargakerja berkumpul dan diiringi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Hasbullah Bin Ibrahim.

Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh YB.Sahibus Samahah Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Dalam ucapannya beliau menceritakan secara ringkas kronologi sejarah perkhidmatan Encik Mat Yaacob Bin Abdullah sepanjang perkhidmatan beliau selama 34 tahun. Kemudiannya Encik Mat Yaacob di jemput untuk menyampaikan ucapan akhir sebelum persaraan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera kenangan dan sijil penghargaan kepada En.Mat Yaacob bin Abdullah.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

27 & 28 Julai 2018 / 14 & 15 Zulkaedah 1439H – Jabatan Mufti Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan telah mengadakan Program Cerapan dan Solat Sunat Gerhana Bulan Penuh di perkarangan Kompleks Islam Darul Naim. Bermula jam 10.00 malam seramai 40 orang pelajar telah berkumpul untuk menyertai program ini yang terdiri daripada Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Amir Indera Petra. Program ini diisi dengan perkongsian ceramah berkaitan Gerhana Bulan Penuh oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin Hassan, Penolong Pegawai Pembangunan Islam, Majlis Daerah Machang. Di samping dapat mencerap bulan penuh melalui teleskop, para pelajar juga dapat menyaksikan objek samawi yang lain seperti Marikh, Zuhal dan Musytari. Persiapan Cerapan Gerhana Bulan Penuh telah bermula pada jam 2.00 pagi. Kemudian diikuti dengan Solat Sunat Gerhana yang telah berlangsung pada jam 3.30 pagi diimami oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Naim Bin Md. Ghazali. Beliau juga telah menyampaikan khutbah Gerhana Bulan. Cerapan gerhana bulan ini berakhir pada jam 5.30 pagi. Program ini diakhiri dengan solat subuh berjemaah. Pada jam 6.15 majlis bersurai.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Pada 14 Ogos 2018 bersamaan 2 Zulhijjah 1439H, Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah mengadakan Seminar Rawatan Islam bertempat di Dewan Masjid Tengku Fa-iz Petra, Gua Musang Kelantan. Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan sihir dan makhluk halus serta kaedah perlindungan dan cara rawatan bagi mengubati penyakit tersebut. YB.SF. Dato' Hj Nik Abdul Kadir bin Hj. Nik Mohamad, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan merupakan penceramah di dalam program ini Peserta yang hadir diberi peluang untuk mendapat rawatan yang dikendalikan oleh beliau.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

17 September 2018 bersamaan 07 Muharram 1440H, Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kelantan  dengan kerjasama Jawatankuasa  Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Pejabat Agama Jajahan dan juga Pejabat Tanah dan Jajahan telah menganjurkan Program Bicara Ilmiah bertempat di Dewan Majlis Daerah Jajahan Pasir Puteh, Kelantan.

Program ini telah dipengerusikan oleh YBrs.En.Zawadi bin Mat Lazim.  Manakala Al-Fadhil  Ustaz Mohd Fadli Bin Sulaiman, Pegawai Agama Jajahan Pasir Puteh sebagai moderator.  Forum bual bicara kali ini bertajuk “ RAGAM HIDUP BERUMAHTANGGA” menampilkan tiga ahli panel jemputan iaitu YB.SS.Dato’ Hj.Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan., YB.Hajjah Mumtaz Bt. Md.Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita dan YBrs. AF. Ustaz Mohd Zubaidi bin Sulaiman, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gua MUsang. 

Objektif program ini adalah untuk :

1.            menghayati hidup berkeluarga secara Islam

2.            mendedahkan realiti semasa kehidupan suami dan isteri

3.            memberi faham bahawa pentingnya membina keluarga bahagia dalam mendepani era dunia tanpa sempadan.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

18 September 2018 bersamaan 08 Muharram 1440H, Jabatan Mufti Negeri Sarawak telah mengadakan Muzakarah Strategik ke Jabatan Mufti Negeri Kelantan selaras dengan Pelan Strategik Jabatan Mufti Negeri Sarawak 2015-2019 iaitu “ Mengukuhkan Jalinan Strategik Institusi Mufti di Peringkat Nasional, Serantau dan Antarabangsa.  Rombongan ini disertai oleh YBhg. Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Bin Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak dan 15 orang pegawai dan kakitangan.

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN
NOTIS HAK CIPTA
© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search