Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

LATAR BELAKANG

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 

Institusi Mufti adalah institusi agama yang terawal wujud di negeri Kelantan mendahului Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) (1915) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) (1980).  Di negeri Kelantan, jawatan Mufti telah mendahului penubuhan institusi fatwa atau Pejabat Mufti dan disebut-sebut jawatan mufti yang pertama ialah pada penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II yang mangkat pada 31 Oktober 1886. 

 

Penubuhan Pejabat Mufti oleh Kerajaan Negeri Kelantan secara rasminya pada tahun 1893 semasa pemerintahan Sultan Mansur yang mangkat pada tahun 1900.  Pada awalnya, Pejabat Mufti Negeri Kelantan ditempatkan di Jalan Sultan, Kota Bharu di bangunan lama MAIK.  Pada tahun 1959, pejabat ini telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu bersebelahan Pejabat Pos Besar Kota Bharu (sekarang Pusat Perubatan An-Nisa’).  Pada tahun 1983, pejabat ini kemudiannya telah berpindah ke Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu dan berkongsi bangunan (sharing building) dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Jabatan Kehakiman.  Perpindahan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menempatkan semua agensi agama yang berkaitan hal ehwal Islam dalam satu kompleks untuk memberi kemudahan kepada masyarakat. 

 

Pada 29 Ogos 2005, Pejabat Mufti telah dikenal dengan nama Jabatan Mufti Negeri Kelantan atau ringkasnya JMNK.  Sehingga tahun 2018, Jabatan ini belum memiliki bangunan sendiri berbanding agensi agama yang lain yang telah memiliki bangunannya masing-masing seperti MAIK, JAHEAIK, YIK, dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.

 

 

 

 

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN
NOTIS HAK CIPTA
© Copyright 2018 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search