PORTAL RASMI JABATAN MUFTI NEGERI KELANTAN

Syariat Di Junjung

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kursus Faraidh

E-mail Print PDF

Ilmu faraidh adalah salah satu cabang ilmu yang penting dalam Islam dan bidang ini adalah fardhu kifayah yang mana menjadi tanggungjawab umat Islam pada masa kini. Justeru itu juga, ilmu faraidh ialah gabungan antara ilmu feqah dan ilmu hisab (matematik)untuk mengetahui apa yang telah difardhukan oleh bagi setiap orang yang berhak mendapat harta peninggalan si mati. Namun amat dikesali kini masyarakat tidak begitu menitik beratkan tentang ilmu ini. Kursus Faraidh anjuran Jabatan Mufti Negeri Kelantan yang julung kali diadakan di Hotel Ridel pada 25-26 Mac 2012 begitu sinonim dengan situasi dan keperluan masyarakat hari ini. Sasaran peserta kursus ialah seramai 65 orang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Agama Negeri dari JAHEAIK, Mahkamah Syariah, MAIK dan Pegawai Halaqat. Mereka ini adalah pegawai yang terlibat secara langsung dengan masyarakat untuk menyelesaikan permasalahan yang melibatkan pembahagian harta pesaka (Faraidh). Dengan adanya kursus ini diharapkan akan dapat memantapkan lagi ilmu yang sedia ada.


 

 

Last Updated on Sunday, 01 April 2012 16:11
 

Wacana Ilmiah Kewangan Islam

E-mail Print PDF

Pada 18 Mac 2012, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah berjaya mengadakan Wacana Ilmiah Kewangan Islam. Program ini adalah suatu usaha untuk memeberi pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat tentang sistem ekonomi dan kewangan Islam. Wacana ini telah telah membincangkan 2 topik semasa iaitu " Jual Beli Emas dan Perak" yang telah dibentangkan oleh YBhg. Prof. Dr Asyraf Bin Dato' Hj. Hashim dan "Isu-isu semasa kewangan Islam" yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman. Seramai 500 orang peserta telah memenuhi Dewan Jubli Perak, Panji. Majlis ini diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup oleh YB. Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato' Haji Hassan

 

Last Updated on Sunday, 01 April 2012 15:29
 

Kunjungan Hormat Ke Pejabat Menteri Besar

E-mail Print PDF

sPada 1 Febuari 2012, Jabatan Mufti dengan diwakili oleh beberapa orang pegawai serta di ketuai oleh YB. Sahibus Samahah Dato' Mufti Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat menteri besar. Isu utama yang dibincangkan adalah, permohonan untuk mendapatkan bangunan bagi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Memandangkan untuk memenuhi keperluan semasa yang semakin mencabar dan untuk menempatkan kakitangan yang lebih selesa, bangunan berasingan adalah satu kewajaran. Satu kewajaran yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan negeri. Mudah-mudahan dengan tercapainya hasrat ini, Jabatan Mufti akan dapat merialisasikan keperluan masyarakat samasa sebagai sumber rujukan ilmu dan kefatwaan.

Last Updated on Monday, 20 February 2012 09:21
 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

E-mail Print PDF

Mesyaurat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-98 telah diadakan di Hotel Grand Reverview, Kota Bharu Kelantan pada 13-15 Febuari 2012. Muzakarah ini terdiri dari Mufti-Mufti Negeri, dan Ahli Majlis Yang Dilantik yang berjumlah 24 orang

Last Updated on Thursday, 15 March 2012 07:55
 

Seminar Fiqh Jalanraya Jabatan Mufti Negeri Kelantan

E-mail Print PDF

 

Julung-julung kalinya Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah mengadakan Seminar Fiqh Jalanraya pada hari Ahad 18 Jamadil Akhir 1432H bersamaan 22 Mei 2011bertempat di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,Panji, Kota Bharu.

Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari dengan disertai oleh seramai 550 orang yang terdiri daripada, YB Dato' SUK, YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan kakitangan dari Jabatan-Jabatan Negeri , Jabatan Persekutuan, NGO, Imam-Imam, Guru-Guru, Guru-Guru Takmir, pelajar-pelajar IPTS dan para pelajar Maahad Tahfiz MAIK.Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi kesederan kepada masyarakat umum mengenai " Hukum Fiqh ' terhadap kemalangan jalanraya. Secara keseluruhannya program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan

Last Updated on Wednesday, 15 June 2011 13:01
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 2

Pilih Bahasa



mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini62
mod_vvisit_counterSemalam178
mod_vvisit_counterMinggu ini1032
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1666
mod_vvisit_counterBulan ini4535
mod_vvisit_counterBulan Lepas4689
mod_vvisit_counterJumlah87454

Laman Sosial

Undian

Saya suka bertanyakan hukum agama dengan Jabatan Mufti Negeri Kelantan (JMNK) melalui :
 

Pautan Jabatan Mufti Negeri

In order to view this object you need Flash Player 9+ support!

Get Adobe Flash player

Powered by RS Web Solutions

Bicara Mufti


Renungan

Jika Allah menyukai seorang hamba, Dia akan memberikan dihatinya suatu kesedihan yang amat mendalam.  Bila Dia membenci seorang hamba Dia akan menjadikan dalam hatinya seruling kesenangan.   - Maksud Hadis-

Berita Terkini